Kenali Ker Chean
Loh Ker Chean
Naib Ketua Wanita KEADILAN
Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pendidikan Malaysia, pengasas Pertubuhan Empati Malaysia dan kempen Menua Dengan Bermaruah. Bersama KEADILAN sejak 2007.

Peranan Semasa
Berkhidmat di parti, kerajaan dan komuniti
Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat
Sebelum ini Setiausaha Wanita Pusat (2022–2025) dan Pengarah Komunikasi Wanita Pusat (2021–2022).
Pegawai Tugas-Tugas Khas
Berkhidmat kepada Menteri Pendidikan Malaysia.
Pengasas Empati Malaysia
Juga pengasas kempen kesedaran Menua Dengan Bermaruah yang dilancarkan pada 15 Jun 2024.
Tentang kempen →Loh Ker Chean merupakan Naib Ketua Wanita Pusat bagi sayap Wanita KEADILAN (Parti Keadilan Rakyat) dan berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pendidikan Malaysia.
Ker Chean pernah menyandang jawatan Setiausaha Wanita Pusat (2022–2025) dan Pengarah Komunikasi Wanita Pusat (2021–2022).
Beliau adalah Pengasas Pertubuhan Empati Malaysia dan Kempen Kesedaran “Menua Dengan Bermaruah”. Kempen kesedaran ini telah dilancarkan pada 15 Jun 2024 dan akan sampai ke seluruh pelusuk negara dan daerah demi kesejahteraan warga emas.
Aktiviti Kempen Menua Dengan Bermaruah mengandungi sesi penerangan penderaan warga emas dan pengagihan “butang panik” kepada warga emas demi melindungi warga emas.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor bermula September 2021 sehingga Disember 2022. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (kini dikenali sebagai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) bermula Julai 2018 sehingga Februari 2020.
Ker Chean menyertai KEADILAN bermula pada tahun 2007 dan pernah menyandang beberapa jawatan sepanjang penglibatannya di dalam Parti. Ker Chean pernah bertindak sebagai Pengurus Kempen bagi Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak dari tahun 2007 sehingga 2008 dan sekali lagi memegang jawatan yang sama untuk Calon Ahli Parlimen Bayan Baru pada tahun 2013. Calon memenangi kedua-dua kerusi dalam kedua-dua Pilihan Raya Umum (PRU) tersebut.
Selain menguruskan kempen Pilihan Raya di peringkat akar umbi, Ker Chean juga bergiat aktif dalam pelbagai inisiatif dan aktiviti di dalam Parti. Beliau pernah berkhidmat sebagai Editor Eksekutif di Suara KEADILAN versi Mandarin dari tahun 2009 sehingga 2010.
Ker Chean juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Biro Strategi Pusat bermula tahun 2017 sehingga 2018. Ker Chean juga dilantik sebagai Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor dari tahun 2017 sehingga 2018.
Pada tahun 2018 juga, Ker Chean melibatkan diri dalam menyusun strategi naratif kempen di peringkat nasional bagi Pakatan Harapan dan telah berjaya membantu Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.
Ker Chean memperolehi Ijazah Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Multimedia Malaysia. Ker Chean pernah berkhidmat sebagai Jurutera Perkakasan (Hardware Engineer) di Intel Malaysia yang terletak di Pulau Pinang bermula tahun 2008 sehingga 2012 sebelum bertugas sebagai Pengurus Program Warga Emas di sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan di selatan Australia dari tahun 2014 sehingga 2017.
Perjalanan
Rekod khidmat Ker Chean
- Kini
Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat
Juga berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pendidikan Malaysia.
- 2024
Melancarkan kempen Menua Dengan Bermaruah
Kempen kesedaran nasional dilancarkan pada 15 Jun 2024: sesi penerangan tentang penderaan warga emas dan pengagihan butang panik kepada warga emas.
- 2022 – 2025
Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat
- 2021 – 2022
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat
Pada masa yang sama berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
- 2018 – 2020
Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kerajaan Pakatan Harapan.
- 2018
Strategi mesej kempen nasional Pakatan Harapan
Antara tenaga utama dalam merangka strategi mesej kempen PRU14.
- 2017 – 2018
Biro Strategi Pusat KEADILAN & AMK Selangor
Pegawai Eksekutif di Biro Strategi Pusat dan Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN Selangor.
- 2014 – 2017
Pengurus Program Warga Emas, Australia
Mengurus program untuk warga emas di sebuah pertubuhan bukan untung.
- 2013
Pengurus Kempen, Parlimen Bayan Baru
Calon yang diuruskan memenangi kerusi untuk parti.
- 2009 – 2010
Editor Eksekutif, Suara KEADILAN (Mandarin)
- 2008 – 2012
Jurutera Reka Bentuk Perkakasan, Intel Malaysia
Pulau Pinang. Lepasan ijazah Kejuruteraan Elektronik, Multimedia University.
- 2007
Menyertai KEADILAN
Pengurus Kempen calon DUN Pantai Jerejak (2007 – 2008); calon memenangi kerusi untuk parti.
Fokus Perjuangan
Apa yang diperjuangkan Ker Chean
Memperkasa Wanita
Keselamatan, maruah dan hak sama rata wanita, termasuk hak kewarganegaraan yang setara.
Lihat pendirian →Warga Emas & Ekonomi Penjagaan
Warga emas yang selamat dan terhubung, serta ekonomi penjagaan sebagai pemacu pertumbuhan.
Lihat pendirian →Reformasi & Pendidikan
Reformasi institusi dan sekolah yang selamat untuk setiap murid.
Lihat pendirian →Menua Dengan Bermaruah
Kempen kesedaran untuk melindungi warga emas daripada penderaan dan pengabaian.
Tentang kempen →Ada isu komuniti, jemputan program atau pertanyaan media?
Hubungi Saya