Kempen Kesedaran · Sejak 15 Jun 2024
Menua Dengan Bermaruah
Setiap warga emas berhak hidup selamat, dihormati dan tidak keseorangan. Kami membawa kesedaran tentang penderaan warga emas dan alat keselamatan terus kepada komuniti.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Tentang Kempen
Lebih daripada sekadar angka dan pencen
Penuaan sering dibincangkan hanya dari sudut kos kesihatan atau pencen. Bagi kami, menua dengan bermaruah bermaksud warga emas kekal terhubung dengan komuniti, terus menyumbang pengalaman mereka, dan keluarga yang menjaga mereka mendapat sokongan yang sewajarnya.
Menua Dengan Bermaruah diasaskan oleh Loh Ker Chean bersama Pertubuhan Empati Malaysia dan dilancarkan pada 15 Jun 2024, sama dengan tarikh Hari Kesedaran Penderaan Warga Emas Sedunia. Kempen ini membawa sesi penerangan tentang penderaan warga emas dan butang panik terus kepada komuniti.
- Selamat daripada penderaan dan pengabaian
- Dihormati dan terus menyumbang
- Tidak keseorangan, kekal terhubung dengan komuniti

Apa Yang Kami Lakukan
Empat cara kami melindungi warga emas
Sesi Penerangan Komuniti
Membantu warga emas dan keluarga mengenali tanda-tanda penderaan dan pengabaian, serta saluran untuk mendapatkan bantuan.
Butang Panik
Mengagihkan alat penggera kecil kepada warga emas, terutamanya yang tinggal bersendirian, supaya bantuan lebih mudah dipanggil.
Advokasi Dasar
Mendesak RUU Warga Emas, ekonomi penjagaan yang kukuh dan dasar yang memberi tumpuan kepada warga emas yang tinggal bersendirian.
Menyokong Penjaga
Menyuarakan keperluan keluarga dan penjaga, kebanyakannya wanita, yang memikul beban penjagaan secara senyap.

Butang Panik Empati
Bantuan hanya sekali tekan
Ramai warga emas tinggal bersendirian atau berada seorang diri pada waktu siang. Butang panik ialah alat penggera kecil yang mudah dibawa; apabila diaktifkan, ia mengeluarkan bunyi penggera yang kuat untuk menarik perhatian orang di sekeliling.
Butang panik diagihkan kepada warga emas semasa sesi komuniti kempen ini.
Di Lapangan
Bersama komuniti warga emas





Agenda Dasar
Apa yang kami perjuangkan
- 01Memperkukuh ekonomi penjagaan bagi meringankan beban senyap keluargaJun 2026Baca kenyataan →
- 02Menua dengan bermaruah lebih daripada angka dan pencenApr 2026Baca kenyataan →
- 03Dasar kerajaan perlu memberi tumpuan kepada warga emas yang tinggal bersendirianApr 2023Baca kenyataan →
- 04Segerakan RUU Warga Emas bagi mengelak kematian akibat pengabaianOgos 2021Baca kenyataan →
- 05Lima dasar kritikal demi warga emasMei 2021Baca kenyataan →
Sertai Kami
Bersama, kita bina negara yang menghargai warga emas
Saya Nak Jadi Sukarelawan
Bantu kami menganjurkan sesi komuniti dan menjangkau warga emas di kawasan anda.
Daftar SekarangSaya Nak Derma
Sokongan anda penting dalam persiapan menuju negara tua serta memastikan menua dengan bermaruah menjadi hak setiap rakyat.
Sumbang SekarangPenuaan sering dibincangkan hanya dari sudut kos penjagaan kesihatan atau pencen. Tetapi menua dengan bermaruah tidak terhenti di situ sahaja.
Loh Ker Chean · Naib Ketua Wanita KEADILAN
Ada warga emas yang memerlukan bantuan, atau ingin menganjurkan sesi di kawasan anda?
Hubungi Saya