1. Pada 16 Jun lalu, Ahli Dewan Rakyat Kuantan dari Perikatan Nasional mengulas pemakaian uniform jururawat wanita di Dewan Rakyat. Beliau dipilih untuk menyumbang kepada perbahasan dan penggubalan dasar negara tetapi beliau memberikan tumpuan kepada tubuh badan wanita.
2. Sembilan hari kemudian, pada 25 Jun, seorang peniaga kedai pakaian wanita di di Kota Bharu, Kelantan dikompaun atas alasan tidak mematuhi garis panduan pakaian wanita yang ditetapkan majlis perbandaran.
3. Saya berasa amat kesal kerana kedua-dua insiden ini melibatkan Perikatan Nasional, secara khususnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang nampaknya galak mengangkat isu melibatkan tubuh badan wanita dan lupa tanggungjawab utama mereka untuk mengangkat isu rakyat dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
4. Selepas mendendangkan retorik perkauman dan keagamaan, Perikatan Nasional kini mula ghairah menyemai bibit-bibit kebencian dan diskriminasi terhadap golongan wanita. Agenda ini cuba diangkat Perikatan Nasional sewaktu kerajaan Malaysia Madani menekankan penghormatan antara satu sama lain termasuklah antara gender.
Adakah golongan wanita ini duduk letaknya hanyalah untuk menjadi objek yang diperhatikan ahli politik Perikatan Nasional semata-mata?
5. Justeru, saya terpanggil untuk menyeru pengundi di enam buah negeri negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi agar menolak parti politik yang melaungkan retorik keagamaan, perkauman dan diskriminasi gender seperti Perikatan Nasional.
Jangan rencatkan usaha yang telah kita lakukan selama ini untuk mengarusperdanakan gender dalam proses membina negara.
Mengawasi Tubuh Badan Wanita Bukan Komponen Tadbir Urus Yang Baik
27
Jun