1. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kali keempat sebanyak RM 10,000 selepas desakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac.
2. Walaupun Ismail Sabri sudi mengambil tindakan dengan segera selepas desakan Anwar Ibrahim, kerajaan masih perlu mencari penyelesaian yang bersifat jangka panjang kepada kesan 4 kali pengeluaran KWSP ini.
3. Kesan 3 kali pertama pengeluaran KWSP oleh rakyat telah mengakibatkan hampir 50% daripada pencarum KWSP mempunyai baki simpanan tidak sampai RM10,000.
4. Kebenaran mengeluarkan KWSP pada kali keempat oleh Kerajaan tanpa merancang penyelesaian seawalnya adalah tidak bertanggungjawab dan bersifat populis semata-mata.
5. Oleh itu, Kerajaan digesa mempertimbangkan dasar baru, iaitu melanjutkan usia persaraan kepada umur 65 seperti yang disyorkan oleh Bank Dunia.
6. Bank Dunia mencadangkan agar umur persaraan dilanjutkan kepada 65 tahun secara berperingkat untuk meningkatkan simpanan KWSP pencarum dan secara tidak langsung meningkatkan KDNK 0.3% setiap tahun.
7. Selain itu, Kerajaan harus menggalakkan industri pekerjaan swasta dan awam mewujudkan perjawatan kerja sambilan untuk meningkatkan penglibatan pekerja yang berusia.