All Media Release, Kenyataan Media | BM

Selamat Menyambut Hari Warga Emas Kebangsaan

Sempena Hari Warga Emas Kebangsaan tahun ini, saya ingin mengucapkan takziah buat keluarga mangsa-mangsa korban yang telah pergi meninggalkan kita akibat jangkitan Covid-19, terutama sekali golongan warga emas. Jasa dan sumbangan mereka akan tetap dikenang sentiasa.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) pada Julai yang lalu, sebanyak 69.1% daripada jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia membabitkan warga emas dan kadar kematian penghuni di pusat jagaan warga emas adalah agak tinggi berbanding dengan kadar kematian kebangsaan pada Mac 2020.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sepanjang pandemik Covid-19 juga telah menonjolkan kelemahan dalam sistem sokongan kesihatan, sosial dan perlindungan warga emas negara kita.

Justeru itu, pewujudan sistem sokongan sosial, kesihatan dan perlindungan warga emas yang lebih holistik dan penyelerasan dasar penuaan mengikuti cabaran terkini yang tertimbul pada tempoh pandemik covid-19 perlu disegerakan, lebih-lebih lagi apabila Malaysia bakal menjadi negara tua dalam beberapa tahun ke depan.

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Warga Emas kepada semua warga emas di Malaysia.