2. Saya menyambut baik hasrat tersebut yang senada dengan pandangan saya dalam tulisan saya bertajuk “Wujudkan Industri Baharu Tangani isu penuaan, pengangguran” pada 15 November 2020 yang disiarkan akhbar Sinar Harian, The Malaysian Insight dan Malaysiakini. Saya menekankan kepentingan kerajaan memberikan perhatian khusus kepada peruntukan serta penambahbaikan ekosistem sistem sokongan sosial warga emas yang selama ini kurang cakna dengan kesihatan mental golongan tersebut.
3. Justeru, saya ingin mendesak kerajaan agar turut meneliti perkara-perkara berikut jika mereka benar-benar serius dalam menghargai warga emas:
II. Mengkaji sistem bersubsidi baru yang melibatkan KWSP atau pencen dalam kegunaan perkhidmatan perlindungan dan penjagaan warga emas swasta atau awam.
III. Kempen kesedaran dan pendidikan mengenai penderaan warga emas terutamanya pada musim pandemik Covid -19.
IV. Merangka pelan pembangunan modal insan dalam bidang kerja sosial, jururawat berdaftar, komuniti care-taker dan sebagainya yang menpertengahkan ilmu tertentu berkhidmat bagi golongan warga emas.
V. Dan mengkaji garis panduan gaji untuk professional kerja sosial dan pekerja komuniti.
4. Dalam hal ini, saya mencadangkan agar YB Datuk Mustapa mengadakan Sesi Engagement dengan pemegang taruh dan aktivis.
5. Secara peribadi, saya bersedia untuk berkongsi sedikit pengalaman dan kepakaran yang saya ada ketika bertugas di Australia dalam industri kebajikan warga emas demi mempertahankan hak warga emas dan memacukan pertumbuhan ekonomi negara ini.