All Media Release, Kenyataan Media | BM

Tahniah Tuan Speaker

1. Merujuk kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Datuk Azhar hari ini bahawa Sembilan (9) Jawatankuasa Pilihan Khas yang baharu telah dicadangkan ke dalam Majlis Dewan Rakyat dan kenyataan Wanita KEADILAN pada 19 sep 2020 menggesa agar YDDR tidak melengahkan penubuhkan jawatankuasa Pilihan Khas Wanita.

2. Wanita KEADILAN menyambut baik dan mengucapkan tahniah atas keputusan Tuan Speaker yang selari dengan gesaan Wanita KEADILAN supaya menubuhkan JPK Wanita, Kanak – Kanak dan Pembangunan Sosial dengan serta-merta.

3. Wanita KEADILAN berharap agar Ahli Parlimen boleh berganding bahu mengembleng usaha mengutamakan mencari penyelesaian kepada penderitaan rakyat akibat pandemik Covid-19 tanpa mengira perbezaan gender dan pendapat politik.

Related Posts