Artikel | BM

Sesi Kunjung Hormat bersama YB Anfaal Saari

Sesi kunjung hormat yang amat bermakna bersama YB Anfaal Saari (Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor) pada 11 Mac 2026.

Kami bertukar-tukar pandangan mengenai hala tuju dan pelan tindakan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor (DEPNS) 2024-2030.

Ekonomi penjagaan dan kerja sosial ialah bidang yang dekat dengan saya kerana saya sendiri terlibat dalam sektor kebajikan dan penjagaan warga emas selama beberapa tahun sewaktu tinggal di Australia.

Pengalaman tersebut kini saya terjemahkan dan adaptasi ke dalam konteks Malaysia menerusi program NGO Empati Malaysia dan dalam program Komuniti menerusi Biro Ekonomi Penjagaan MPN Selangor.

Terkini, Empati Malaysia melaksanakan kempen edaran Butang Panik dan kit Kempen Kesedaran Perlindungan Warga Emas sebagai salah satu langkah advokasi untuk mengangkat maruah dan kesedaran tentang proses menua dengan bermaruah.

Semoga pertemuan dan percambahan idea dari pertemuan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama yang strategik demi kesejahteraan masyarakat bersama.

#LohKerChean #MenuaDenganBermaruah
#BiroEkonomiPenjagaanMPNSelangor

Facebook : https://www.facebook.com/share/p/19gPeu5SLT/?mibextid=wwXIfr

Instagram : https://www.instagram.com/p/DV6AyTvj-x-/?igsh=d24zODJ6enJzOHky

X : https://x.com/lohkerchean?s=21

Thread : https://www.threads.com/@lohkerchean?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==

Telegram : https://t.me/kerchean

Related Posts

Leave a Reply