Kenyataan Media | BM

MASA DEPAN PARTI DAN NEGARA DI TANGAN 2110 PERWAKILAN WANITA DALAM KONGRES NASIONAL 2025

1. Kini, seluruh Parti Keadilan Rakyat termasuklah sayap wanita diberikan 10 hari untuk melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan penganjuran ini telah bermula pada 28 Feb 2025 dan akan berakhir pada 9 Mac 2025.
2. Semua 222 Wanita Cabang wajib menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang (MATWC) 2025 supaya memenuhi kelayakan untuk menyertai pemilihan cabang 2025 di mana setiap Wanita Cabang mempunyai 10 perjawatan bakal ditandingkan.
3. Setakat ini, Pihak Pejabat Setiausaha Wanita Pusat telah menerima Notis Mesyuarat MATWC 2025 daripada 211 Wanita Cabang. Sejumlah 112 Wanita Cabang telah berjaya melaksanakan MATWC 2025 dan 98 Wanita Cabang akan melaksanakan MATWC 2025 dalam masa 3 hari akan datang, iaitu pada 7, 8, dan 9 Mac.
4. Oleh itu, seramai 2110 orang perwakilan wanita bakal layak membuang undi untuk memilih pucuk pimpinan parti termasuk Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN (MPWP) dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 24 dan 25 Mei 2025. Pada masa yang sama, sekurang–kurangnya 6815 orang perwakilan wanita dijangka layak memilih Ahli MPWP secara dalam talian.
5. Dalam hal ini, peningkatan kuota perwakilan wanita memilih Ahli MPP berlaku menerusi kelulusan pindaan perlembagaan parti pada Kongres Khas 15 Disember 2024. Selain itu, ia juga hasil kerja keras oleh seluruh saf kepimpinan Wanita KEADILAN yang diterajui YB Fadhlina Sidek, Ketua Wanita Pusat.
6. Pimpinan wanita di semua peringkat bekerjasama menggerakkan organisasi dan berjaya melonjakkan bilangan wanita cabang yang aktif daripada 158 kepada 211 dengan menghidupkan 53 wanita cabang.
7. Wanita Negeri Sarawak merupakan antara negeri yang cemerlang dan mencatat rekod tersendiri dengan melonjakkan bilangan wanita cabang yang aktif daripada 5 kepada 21 dan menhidupkan 16 wanita cabang. Proses untuk memastikan akar umbi tidak ketinggalan di dalam gerak kerja di samping seruan pendigitalan di peringkat lapangan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, negeri Sarawak juga berjaya mengadaptasi perubahan dasar digital walau pun dengan kesenjangan digital yang lebih ketara.
8. Dengan sokongan YB Fadhlina Sidek, Wanita KEADILAN berjaya melaksanakan inisiatif digitalisasi dengan mendigitalkan pengurusan dan pentadbiran Sayap Wanita dan meningkatkan keberkesanan pengurusan dari semua peringkat wanita cabang, wanita negeri dan wanita pusat.
9. Justeru, sumbangan beliau dalam meletakkan asas yang kukuh dalam pemerkasaan Wanita untuk generasi akan datang amat dihargai dan beliau wajar dikekalkan sebagai Ketua Wanita Pusat.