Kenyataan Media | BM

Nurul Izzah Anwar Sebagai Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Bagi Sesi 2025 – 2028

1. Tema pemilihan pusat KEADILAN kali ini adalah mengenai kestabilan dan kesinambungan di politik dan kerajaan. KEADILAN memerlukan barisan pimpinan yang memahami sejarah perjuangan, komited dan berprinsip tetapi juga mampu menyatupadukan dan memimpin seluruh saf kepimpinan parti untuk memberi sokongan padu kepada segala pelaksanaan agenda reformasi yang tengah dan bakal dijalankan oleh Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Barisan pimpinan KEADILAN yang bakal dilahirkan pada hujung bulan ini bukan sekadar sebagai penyokong, tetapi pemacu perubahan untuk menerus obor perjuangan parti dan reformasi yang diidamkan oleh seluruh anggota parti dan rakyat Malaysia untuk membentukkan negara yang inklusif, berdaya saingan, maju dan proaktif.

3. Sehubungan itu, kami dengan penuh harapan, menyatakan sokongan terbuka Wanita KEADILAN kepada pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden KEADILAN kerana pengorbanan dan sumbangan beliau terbukti sepanjang tempoh masa sejak gerakan reformasi bermula pada 1998.

4. Nurul Izzah Anwar telah menunjukkan potensi dan ciri - ciri sebagai pemimpin yang beraspirasi dan dikenali di platform antarabangsa khususnya kebelakangan ini beliau diiktiraf sebagai antara 30 individu berpengaruh dalam 'Project Syndicate Forward Thinkers List'.

5. Pengalaman beliau yang merentasi bidang sebagai bekas Naib Presiden parti, Ahli Parlimen dua penggal, dan aktivis masyarakat telah menjadi asas yang kukuh untuk menyokong beliau dalam memimpin parti dan negara.

6. Kami menyeru seluruh parti memberikan sokongan padu kepada saudari Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden bagi sesi 2025 – 2028. Reformasi!

Kenyataan Media Disokong Oleh:

1. Loh Ker Chean
Setiausaha Wanita Pusat

2. Saira Banu
Timbalan Setiausaha Wanita Pusat

3. Syafiqa Zakaria
Setiausaha Pengelola Wanita Pusat

4. Ruhanah Masruki
Setiausaha Wanita Negeri Selangor

5. Mazlina Binti Osman
Setiausaha Wanita Negeri Wilayah

6. Roselin Nona
Setiausaha Wanita Negeri Johor

7. Faiza Binti Othmanaldin@Hassan
Setiausaha Wanita Negeri Kedah

8. Rozianti Binti Mat Deris
Setiausaha Wanita Negeri Kelantan

9. Siti Amanda Najwa Binti Mohamed Hassan
Setiausaha Wanita Negeri Pulau Pinang

10. Nur Idayu Hafizah Binti Mohd Razmin
Setiausaha Wanita Negeri Perlis

11. Zilawati Aizura Usaili
Setiausaha Wanita Negeri Perak

12. Rozilawati Binti Ramli
Setiausaha Wanita Negeri Melaka

13. Hasiah Binti Ibrahim
Setiausaha Wanita Negeri Terengganu

14. Camelia Bin Jaikop
Setiausaha Wanita Negeri Sabah

15. Chelsnie Adantemapur Anak Jacob
Setiausaha Wanita Negeri Sarawak