All Articles, All Media Release, Artikel | BM, Kenyataan Media | BM

Terima Kasih di Atas Sokongan!

Terima Kasih Menyokong dan Sokongan Berterusan diperlukan Untuk Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat

1. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang menyokong saya, tidak kira sama ada 14,960 anggota yang memilih saya, yang menjadi sukarelawan untuk meraih undi bagi saya dan usaha semua petugas yang menjayakan pemilihan parti ini amat dihargai.

2. Saya berasa amat bersyukur kerana mendapat kepercayaan dan sokongan daripada anggota parti dan berjaya mencapai kedudukan ke-4 di antara 10 calon dengan perbezaan 466 undi secara tidak rasmi dalam persaingan 3 jawatan Naib Ketua Wanita Pusat.

3. Pada masa yang sama, saya ingin menzahirkan setinggi – tinggi tahniah kepada semua pemimpin yang menang di semua peringkat khususnya Ketua Wanita Pusat YB Rodziah Ismail, Timbalan Ketua Wanita Pusat YB Juwairiya Zulkifli, Naib Ketua Wanita Puan Wasanthee Sinnasamy, YB June Leow dan Puan Sangetha Jayakumar.

 
 
4. Peluang untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dengan semua khususnya anggota wanita merupakan hasil yang paling berharga bagi saya memperolehi sepanjang tempoh berkempen pemilihan ini.

5. Justeru itu, dengan rendah diri, saya menawarkan diri bertanding sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat supaya idea – idea yang lahir dalam sesi – sesi ini dapat diintegrasikan dalam organisasi pimpinan pusat dan menyambung usaha untuk mengarusperdanakan gender dalam barisan pimpinan pusat.

Loh Ker Chean
Calon No.50 Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN