2.Dalam Mesyuarat MPWP, Wanita KEADILAN telah membincangkan situasi terkini berkaitan dengan kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang kelihatannya tidak terarah akibat kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya dalam pentadbiran negara.
3.Wanita KEADILAN berpendapat bahawa pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa bermula 13 Januari 2021 telah gagal bahkan Malaysia ke arah gelombang yang amat menakutkan dengan kenaikan mendadak empat angka bahkan lebih daripada 5,000 kes positif berturut-turut sejak 29 Jan 2021 yang lalu.
4.Situasi terkini telah mencetuskan kebimbangan yang besar buat seluruh rakyat Malaysia termasuk implikasi sosial yang telah meragut nyawa dan memberikan tekanan ekonomi, sosial dan kesihatan rakyat. Hal ini membuktikan bahawa kepimpinan Perdana Menteri sediada tidak mampu mengimbangi kehidupan dan penghidupan (lives and livelihoods).
5. Jika Kerajaan sudah tidak mampu menjaga rakyat biarlah berundur dengan cara terhormat. Dengan kudrat yang ada ditangan, kami merasakan sudah tiba masanya untuk memperluaskan jaringan sinergi demi kesejahteraan komuniti. Kisah suka-duka masyarakat, kehidupan sosial yang tempang, institusi keluarga yang berantakan, keganasan rumahtangga, penderaan anak-anak dan pelbagai kemudharatan menjadi hidangan berita harian amatlah membimbangkan.
6. Justeru, bagi meningkatkan kualiti hidup, keselamatan awam dan partisipasi komuniti untuk kesejahteraan masyarakat, MPWP telah memutuskan pelaksanaan Model Pembangunan Komuniti Yang dikenali sebagai *“Komuniti Waspada@ Community Alert”* yang bakal dilancarkan oleh Ketua Wanita KEADILAN, YB Fuziah Salleh. Model Pembangunan Komuniti ini akan disusun Dan digerakkan oleh Wanita KEADILAN di seluruh negara sebagai sebuah ekosistem sokongan dalam masyarakat.
7. Ini selaras dalam usaha mengarusperdanakan gender, Wanita KEADILAN terus ke hadapan meneruskan advokasi polisi berkait gender terutamanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan iaitu Selangor dan Negeri Sembilan, mencontohi Pulau Pinang yang jauh terkehadapan dalam hal ini.
8.Seluruh ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) mendoakan agar kita terus kuat mengharungi cabaran pendemik ini dan mengajak seluruh rakyat Malaysia agar terus mematuhi SOP, menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing.
Bersama kita menjadi pemutus bukan pencetus.