2. Saya berasa amat terkejut dengan keputusan U – Turn oleh MKN ini, kerana surat makluman tersebut diterima oleh pihak penganjur Kongres Nasional KEADILAN hanya pada saat terakhir hari bekerja dan selepas Kongres Nasional Wanita berjaya diadakan pada hari tersebut jam 2 petang. Ini juga kerana keputusan awal MKN pada 27 Mei menyatakan ia tiada halangan untuk Kongres Nasional ini diteruskan.
3. Persoalan saya adalah adakah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berasa terancam selepas Wanita KEADILAN membuktikan bahawa berkongres secara dalam talian sepenuhnya dengan mematuhi prinsip demokrasi bermesyuarat adalah praktikal dilaksanakan kepada semua rakyat?
4. Oleh yang demikian, keputusan U-Turn MKN ini menimbulkan pelbagai soalan dan persepsi di kalangan umum. Adakah Kerajaan PN takut jika Kongres Nasional berjaya dilakukan sekarang, maka sudah tiada sebab musabab untuk menangguhkan sidang Parlimen secara maya?
5. Pada saat yang genting ini, ketika mana usaha mengekang penularan wabak Covid-19 masih belum selesai, Kerajaan PN seharusnya mempertimbangkan semua pendekatan yang ada bagi megembalikan negara ke landasan yang betul, dan ianya wajib bermula dengan persidangan Parlimen.