All Articles, Artikel | BM

Kepelbagaian dan Inklusif – Jalan Menuju Malaysia Baharu

Hari Malaysia pada tahun ini amat berbeza dan unik kerana usaha Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Parti Perdana Menteri berniat untuk menggubal perlembagaan parti tersebut bagi menjadikan PPBM sebuah parti yang mirip dengan Parti KEADILAN rakyat.

Tahniah kepada BERSATU kerana mengikut jejak KEADILAN!

KEADILAN sudah berada dua dekad di hadapan. Bukan sahaja komposisi organisasi dari akar umbi ke kepimpinan pusat terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi kita bersama – sama memperjuangkan agenda rakyat tanpa mengira latar belakang.

Wacana perpaduan antara kaum dalam KEADILAN sudah cukup matang. Kita tidak lagi melihat perbezaan kelas antara bangsa, kaum, bahasa dan agama, tetapi kita melihat kesenjangan kelas ekonomi merentasi warna kulit.

Model yang berjaya dibuktikan oleh KEADILAN sekarang telah menjadi teladan kepada BERSATU. KEADILAN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada BERSATU kerana menyambut baik nilai kepelbagaian dan memeluk politik baharu.
Walaupun demikian, bezanya ialah kita parti berbilang kaum yang sepakat menolak untuk bertolak ansur dengan korupsi dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat. Dua dekad KEADILAN meraikan kepelbagaian berasaskan sifat empati dengan menyatupadukan rakyat Malaysia untuk mereformasi dan menolak regim yang korupsi.

Ya tuan-tuan dan puan – puan, pengkhianatan boleh berlaku dalam kepelbagaian kaum yang bersatu.

Usaha KEADILAN dalam hal ini telah membuahkan hasil kerana sekurang – kurangnya mantan-mantan anggota yang mengkhianati parti dan rakyat, masih lagi membawa satu prinsip kepentingan gerakkan kepelbagaian (multiracial movement).

Kemakmuran masa depan Malaysia harus dibina di atas kefahaman empati dan kepelbagaian. Parti KEADILAN Rakyat yang mendukung prinsip kepelbagaian akan terus memimpin ke hadapan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Selamat menyambut Hari Malaysia!

Related Posts