All Articles, Artikel | BM, Undang Undang | Laws | 法律

Adakah rakyat berumur 18 matang?

Terima kasih atas jemputan StudioKini Asam Pedas yang telah membuka ruang dalam talian bagi perbincangan “Sejauh manakah Undi18 mempengaruhi PRU15?”
Panelis yang terlibat adalah YB @rusnahaluai Ahli Parlimen Tangga Batu dan YB @karupaiyamutusami Ahli Parlimen Padang Serai

Semasa sesi perkongsian, saya berpendapat bahawa kita tidak patut mempersoalkan kematangan rakyat berumur 18 kerana di bawah Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21), warganegara yang berumur 18 boleh berkahwin, bekerja, memperolehi lesen memandu kenderaan, menyertai pasukan beruniform seperti bomba, Angkatan Tentera dan sebagainya, menandatangani kontrak/pinjaman dan paling penting akan dibicarakan sebagai pesalah dewasa sekiranya melakukan jenayah.

Jika seseorang individu telah mempunyai hak membuat keputusan dan bertanggungjawab ke atas urusan peribadi, apakah lagi yang menjadi alasan untuk meragui kematangan individu tersebut untuk memilih dalam pilihanraya?

Jika kita membuat perbandingan antara kelayakan individu untuk memilih/menjadi calon dalam pilihanraya dengan akan dibicarakan sebagai pesalah dewasa sekiranya melakukan jenayah, yang mana satu tanggungjawabnya lebih berat kepada individu dan negara?

Tambahan lagi, melalui perkongsian seorang rakan Muslim saya, beliau memberitahu, dalam ajaran agama Islam, aqil baligh juga merupakan suatu peringkat di mana seseorang kanak-kanak menjadi dewasa, mampu berfikir dan bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun, tiada ketetapan umur bagi seseorang untuk mencapai aqil baligh tersebut. Ianya adalah suatu proses semulajadi yang bergantung kepada perkembangan individu.

Related Posts