Persoalan yang perlu kita tanyakan sesama sendiri adalah, “Mengapa kita memilih untuk menceburi bidang politik dan menjadikan Parti KEADILAN Rakyat sebagai wadah yang membolehkan kita membuat sesuatu perubahan terhadap status quo?”
Hari ini saya membuat perkongsian bersama anggota parti dengan menegaskan bahawa persoalan di atas adalah penting kerana ianya akan menentukan sama ada aktivisme kita boleh bergerak maju dengan lebih jauh, atau terkandas kerana terpengaruh oleh politik wang dan tersesat dalam perebutan kuasa di sepanjang perjuangan kita.
Seorang lagi panelis yang bersama saya tadi adalah Puan Fadhlina Fadhlina Siddiq yang mempunyai ilmu dan pengalaman praktikal dalam aktivisme mempertahankan hak asasi manusia, terutamanya bagi golongan yang rentan.
Terima kasih kepada penganjur Raiyan kerana sudi menjemput saya untuk bertemu dan berkongsi pengalaman saya bersama anggota-anggota parti yang lain.